Assalamualaikum dan hai semua!
Alhamdulillah Nina telah selamat melahirkan anak pertama/sulung pada 31 Julai 2019 yang lalu bersamaan dengan bulan yang sama hari jadi Nina. Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melahirkan zuriat dan paling menyeronokkan ia merupakan hadiah hari jadi dan pemberian yang tak ternilai untuk kami. Hehe dah ada geng sama bulan hari jadi. So, Nina nak share sikit info atau pengalaman sendiri sepanjang mengandung ni. Maaf jika tulisan/entri ini membosankan :D

I'M PREGNANT!
12 December 2018 - Selepas 3 minggu kahwin, hati terdetik nak buat pregnancy test sebab period dah lewat 5/6 hari. Nina cek waktu subuh sebab Nina baca Subuh waktu paling tepat. Berdebar juga sebab ni kali pertamakan nak cek. Haha dan Alhamdulillah double line. Terus kejutkan dan beritahu suami. Haha mau tak terkejutnya dia. Lepas tu, terus ke klinik untuk double confirm. Alhamdulillah doktor cek dah 4 minggu waktu tu. Doktor ni akan tanya hari terakhir period korang. Haa jangan lupa pula. Sebab tu apps sangat berguna. Korang boleh setting period bila dan boleh tahu waktu subur bila. Bila orang semua tanya tak ada alahan ke? Tipulah tak ada kan. Hehe ada juga morning sickness cuma Nina bila pagi akan muntah dulu, cepat letih tetapi tidaklah teruk. Doktor bagi ubat tambah darah/asid folik untuk makan setiap hari. Asid folik ni sangatlah penting untuk ibu yang mengandung. Kenapa? Boleh baca info dibawah :
Apakah Itu Asid Folik?
Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.
Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semulajadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.
Mengapakah Anda Perlukan Asid Folik?
Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.
Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.
Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
- Autism: Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi.
- Bibir dan lelangit rekah (cleft palate).
- Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate. .
- Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
- Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
- Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi.
- Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.
18 Januari 2019 - Nina check up di klinik untuk buat scan kandungan dan ambil ubat lagi. Doktor akan bagi salinan scan tersebut dan bawa semasa nak buka buku pink. Bila dah ada scan ni dah tak payah nak buat dekat klinik kesihatan nanti. Kalau tak ada pun tak apa sebab dekat klinik kesihatan nanti akan dibuat sekali dengan buku pink tu.
BUKU PINK KLINIK KESIHATAN
12 Feb 2019 - Setelah 12 minggu 6 hari, waktu untuk buka buku pink di klinik kesihatan daerah masing-masing. Minggu keberapa tu terpeluang tapi jangan terlalu awal dan terlalu lewat sebab takut nurse tu bebel. Haha dan pilih klinik yang terdekat ye sebab klinik akan tengok alamat rumah. Jika tidak, dia akan suruh pergi ke klinik lain yang berdekatan. Untuk pertama kali buka buku pink ni makan masa sedikit dan akan berjumpa dengan doktor. Nurse akan isi segala maklumat korang dalam buku tersebut dan buat beberapa ujian saringan. Selepas itu, nurse akan set next appoinment untuk setiap bulan.
MONTHLY CHECK UP & MINUM AIR GULA (MGTT)
Mar-May 2019 - Macam biasa setiap bulan akan ada monthly check up iaitu ujian saringan urin, hb (darah), pemeriksaan berat badan, tekan darah, nadi, perut dan sebagainya. Pastikan HB korang tinggi ye. Nurse akan monitor setiap bulan untuk pastikan kandungan/janin dalam keadaan sihat dan jika ada masalah boleh tahu dengan lebih awal.
Dalam bulan May juga Nina kena minum gula untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh atau lebih senang kata kencing manis semasa mengandung. Tujuan air gula perlu diminum sebab sebenarnya nak uji kemampuan insulin dalam tubuh, nak tengok sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak. Mengikut Nurse minum gula ni wajib untuk semua ibu yang berumur 25 ke atas. Jadi nak tak nak kena juga. Haha pastikan korang jangan muntah bila minum gula tu sebab nanti dikira batal dan kena ulang semula. Malam tersebut perlu puasa sebelum pagi tu minum gula di klinik. Selepas minum gula, kena tunggu 2 jam untuk tunggu keputusan. Keputusannya Nina ada kencing manis. Tetapi jangan terkejut ye sebab kencing manis ni mungkin masa mengandung sahaja.
Masa ni juga Nina dapat rasa bayi dah mula bergerak dan semakin aktif. Memang seronok sangat dan Nina akan rajin bercakap dengan bayi. Kita dah tahu bila dan masa bayi akan gerak. Macam Nina pagi, tengahari, malam memang aktif :D

PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA MENGANDUNG
Bila perut makin membesar Nina dapat rasa dan lihat perubahan fizikal seperti timbul garisan menegak berwarna gelap pada perut, warna pada sekeliling payudara akan menjadi lebih gelap dan payudara juga semakin membesar dan lain-lain perubahan seperti kulit semakin gelap dan sebagainya. Jangan terkejut pula ye sebab perubahan ini hanya sementara. Hal ini disebabkan perubahan hormon semasa hamil.
PEMANTAUAN KAWALAN GLUKOSA DALAM DARAH (BSP) & KIRAAN GERAKAN BAYI
Jun-Julai 2019 - Selepas dah tahu ada kencing manis, diorang akan buat pemantauan kawalan glukosa dalam darah (BSP). Korang kena cek gula di mana-mana farmasi atau ada alat sendiri glometer sehari sebelum doktor review pada esoknya. Malam kena puasa untuk cek gula pada esok pagi. Cek gula perlu buat sehari tu 4 kali iaitu sebelum makan pagi, selepas makan pagi, selepas makan tengahari dan selepas makan malam. Jadi Nina makan semuanya kena diet.
Selain itu, nurse pun ada ajar carta pergerakan janin iaitu pastikan kira anak dalam kandungan gerak dalam 10x sehari bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Kena tick dalam buku dan waktu terakhir dia gerak genap yang ke 10. Kandungan pun dah semakin membesar dan pergerakannya juga semakin aktif. Hehe rasa senak juga dan geli bila bayi bergerak tetapi seronoklah sambil bercakap dengan bayi ni.

I wanted to thank you for this excellent read!! I definitely loved every little bit of it. I have you bookmarked your site to check out the new stuff you post. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with The Sims 4 – On Xbox One, PS4 and PC sims 4 news .
ReplyDelete