Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

January 19, 2020

Pencuci Muka Buih Dari Korea | Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Assalamualaikum dan hai semua!
Harini Nina dapat nak up entri baru memandangkan Nina baru menjadi ibu baru. Hehe ok nak share satu produk yang best tau. Haa siapa suka dengan kecantikkan? Mesti semua suka kan. Memandangkan kita ni perempuan memang suka kalau cantik, kulit muka yang licin dan bersih dan sebagainya.

Pencuci Muka Buih Dari Korea, Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature | Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit di Malaysia dan semua produk adalah 100% original dibuat dari Korea. Ia menggunakan 10 jenis bahan semulajadi (boleh rujuk gambar dibawah ini).

Bahan utamanya adalah Aloe Barbadensis Leaf and Tea Tree Leaf Oil. Jika kita tahu dua bahan ini sangat bagus untuk kita terutamanya mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan parut.


Secara amnya, Hansaegee Nature dapat membantu pengguna antara berikut;
- Membuang/mengawal lebihan sebum dan minyak di kulit
- Membersih secara mendalam sehingga ke pori wajah
- Menyembuhkan dan mengurangkan masalah jerawat
- Melembapkan kulit
- Mengecilkan dan menghaluskan pori-pori

Pencuci ini sangat sesuai untuk semua jeis kulit samada kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. Yang bestnya ia paraben-Free, Sulfate-Free, Alcohol-Free.

FEEDBACK DARI NINA

Nina sangat teruja untuk cuba sebab ini kali pertama Nina cuba produk dari Korea. Haha mana tak suka kan nak jadi kulit bersih macam orang Korea tu. Dan paling suka sebab ini produk semulajadi. Jadi inshaALLAH selamat digunakan.
Aloe AC Cleanser ini sangat sesuai dengan semua kulit wajah. Tak kisahlah korang kulit kering ke berminyak ke boleh je semua pakai. Haa senangkan. Hehe

Produk ini dipos didalam kotak dan dibalut dengan bubble wrap. Jadi sangat selamat dan tak perlu risau produk anda tu tumpah ke pecah ke. Kalau tengok botol pun tema hijau putih. Hehe sangat menarik dan direct marketing ditunjukkan. Buka je produk ini dah tahu apa bahan utama dia gunakan.
Semua maklumat tentang produk ada tulis dekat kotak dia. Kalau tak paham jangan risau, dia datangkan dengan dua bahasa, english dan korea. Sahlah korang tak paham korea kan macam Nina. Haha yang paham tu oklah. Janji english ada bolehlah paham sikit :D

Paling suka sekali tekstur cleanser ni sebab dia bubble foam. Haa unikkan? Hehe jarang pencuci bubble foam tau. Tapi korang jangan ingat eh bersih ke macam tu? Ya ampun, best sangat pakai. Rasa nak pakai je. Hehe lembut tau lepas pakai tu. Rasa bersih sangat. Bubble foam lembut dan pakai sikit je pun dah cover satu muka. Memang akan tahan beberapa bulan cleanser ni. Dah jimat dah situ. Lagi satu dia sangat wangiiiii :D
Ok done membebel. Hehe anda teruja nak cuba? Boleh terjah cepat;

3 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth Sis Ruqaiyah. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.