Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 10, 2021

Tingkatkan Kesihatan DIri dengan Produk Semulajadi Madu dan Minyak Kelapa Dara | Urban Ecolife Agrofarm

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ini Nina nak share satu produk yang sangat bagus untuk kesihatan dan dia juga salah satu makanan sunnah. Sebut makanan sunnah mestikan keluar dari mulut kita iaitu MADU, HABBATUS SAUDA' dan sebagainya. Produk ini merupakan dari Urban Ecolife Agrofarm yang adalah sebahagian daripada YAYASAN PERMAKULTUR ECOLIFE (Protem). Ia mempelopori bidang "Regenerative Agriculture 4.0" yang berasaskan pada teknologi Aquaponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology.

Urban Ecolide Agrofarm juga sangat berharap dapat membantu menjaga alam sekitar, membekalkan makanan untuk manusia sejagat dan dapat mengelakkan kehancuran alam sekitar (Climate Disaster) yang sedang berlaku sekarang dan boleh menghancurkan tamadun abad-21 ini. Malah mereka juga mempelopori bidang tanaman herba, Agropreneur Nursery dan Pertanian Berkelompok.

Menarik bukan? Hehe jom kita tengok beberapa produk yang mereka hasilkan.
1) Madu Kelulut - mempunyai anti oksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Rasanya manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat
2) Madu Apis Mellifera - mempunyai anti oksida yang tinggi serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Rasanya manis sesuai dijadikan sebagai pengganti gula dalam minuman harian
3) Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda’ - diperbuat daripada kelapa terpilih yang diproses secara fermentasi. Mengandungi asid laurik yang tinggi dan ditambah dengan kebaikan Habbatus Sauda
4) Minyak Kelapa Dara - diperbuat daripada kelapa terpilih berkualiti tinggi yang diproses secara fermentasi. Mengandungi asid laurik. Sesuai untuk diminum, disapu pada kulit, rambut dan seluruh tubuh. Membantu meningkatkan kesejahteraan tubuh badan
Secara lebih mendalam madu dan kelapa dara ini terlalu banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan kita. Untuk pengetahuan korang, bahan yang digunakan adalah semulajadi dan tiada campuran bahan lain. Baguskan? Jom kita kaji kelebihan produk ini;

1) Madu Kelulut 
- membantu meningkatkan imunisasi badan
- membantu mengawal paras gula dalam darah
- membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat
- membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser
- membantu melegakan masalah pernafasan
- memabantu melegakan maslaah cirit-birit
- membantu mengatasi masalah sukar tidur
- membantu meningkatkan kesuburan badan

2) Madu Apis Mellifera 
- meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
- membantu melegakan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
- bertindak secara antibiotic semulajadi
- membantu mengurangkan batuk atau masalah sakit tekak
- membantu menjaga kesihatan kulit agar lebih cantik
- membantu dalam melancarkan sistem pencernaan
- sesuai untuk dijadikan pengganti gula

3) Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda’
- membantu mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan dan mengatasi risiko masalah gout
- mengurangkan kesukaran pernafasan dan mengatasi masalah asma, batuk dan selsema
- membantu mengurangkan masalah alahan kulit, ekzema, nappy rash, kemerahan kulit dan lain-lain
- sebagai makanan tambahan untuk membantu penghasilan susu badan
- meningkatkan sistem imun tubuh

4) Minyak Kelapa Dara 
- membantu meningkaatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan
- mengurangkan risiko masalah jantung
- membantu menjaga kesihtan rambut agar tetap subur, sihat dan mudah diurus
- membantu melambatkan proses penuaan dan megurangkan kedutan kulit
- menstabilkan kadar gula dalam darah
- memperbaiki sistem penghadaman dan menbantu penyerapan nutrisi
- melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang

Cara pengambilan

1) Madu - ambil sesudu madu 2x sehari dan boleh minum bersama air kegemaran korang. Pastikan korang pakai sudu plastik ye
2) Minyak Kelapa Dara - ambil sesudu minyak 2x sehari bersama air. Boleh sapu pada kulit dan sebagai 'salad dressing'
Yang paling best produk ini sesuai untuk semua lapisan umur. Ibu yang masih menyusukan anaknya pun digalakkan ambil minyak kelapa dara ni. Sekarang musim COVID sangat sesuailah korang amalkan permakanan Sunnah ni. Selain meningkatkan kesihatan, boleh meningkatkan kecantikkan diri juga.

Selain madu dan minyak kelapa dara, mereka juga ada produk herba, benih pokok, baja dan banyak lagi. Mana yang suka berkebun, haa boleh terjah tengok tau. Dekat youtube diorang pun ada tips untuk penjagaan pokok juga. 

Boleh hubungi mereka untuk dapatkan produk ini;
Nombor telefon : 019-7183581

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.