Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

January 20, 2022

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Assalamualaikum dan hai semua!
Sedar tak sedar, tahun 2021 telah kita harungi dengan pelbagai cabaran. Kisah pandemik bermula pada awal tahun manakala ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.35 - Copy.jpeg
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.35 (1) - Copy.jpeg
Ramai yang terkesan, begitu juga RichWorks tetapi ini menguatkan lagi semangat untuk terus bangkit dan membantu orang luar sana.

RichWorks prihatin dan sangat memahami perasaan yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan dan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya telah dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengesahkan sudah tidak ada harapan jika keadaannya masih sama selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, akhirnya keadaan Dr Azizan Osman semakin baik.  Beliau menganggap ia adalah sebagai peluang yang Allah SWT berikan. Dr. Azizan Osman komited untuk menggunakan peluang ini sebaiknya untuk membimbing usahawan untuk lebih berjaya lagi. 

Tidak lama kemudian, beliau berada dalam proses pemulihan dan ketika itulah Dr Azizan komited mula menjalankan program percuma yang telah dihadiri oleh beribu-ribu usahawan dan bakal usahawan.
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.34 (1).jpeg
PERJALANAN RICKWORDS
PROGRAM RICHWORKS
Apakah program yang RichWorks anjurkan? Sebanyak 7 program usahawan dianjurkan secara percuma dan ia memakan masa bersamaan 98 jam yang Dr Azizan Osman berikan untuk bersama-sama usahawan dalam meningkatkan semangat mereka dan memberi tunjuk ajar.

Secara keseluruhan pada tahun lepas, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks International.

Tidak hanya itu sahaja, salah satu program RichWorks International telah menjadi bualan ramai. Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.05.33 - Copy.jpeg
SUMBANGAN RICHWORKS
Pegawai Perniagaan RichWorks iaitu Tuan Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). RichWorks prihatin ingin bantu rakyat, di sinilah mereka beri semula dan bantu rakyat.

Tuan Radz juga memaklumkan bahawa Kempen #RichWellBantu yang ditubuhkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu ini, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk membantu lebih dari 2,000 keluarga.
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.36 - Copy.jpeg
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujar Tuan Radz lagi.

RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks International juga telah berkongsi rezeki menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam tempoh masa setahun ini jugalah, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara kita ini tetap meneruskan misinya dalam membangun dan membina usahawan untuk lebih berjaya lagi.

KEJAYAAN AHLI RICHWORKS
Ada hasil apabila belajar bersama Richworks ini dan hasil pasti datang bila kita sudah berusaha sungguh-sungguh.

Berikut adalah pencapaian anak didik Dr Azizan. Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.37 (1) - Copy.jpeg
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.37 - Copy.jpeg
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.38 - Copy.jpeg
Bagi ahli Titanium pula, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli Elite X).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Richworks prihatin untuk melihat usahawan berjaya capai impian. 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang telah mereka usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks (richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

TENTANG RICHWORKS
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.32 - Copy.jpeg
Bisnes perlukan jenama dan produk untuk dipasarkan. Tetapi tak ramai tahu siapakah yang pakar disebaliknya untuk bantu mereka.  RichWorks International adalah Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 
D:\Pictures\blog\collaboration\projek mega\WhatsApp Image 2022-01-14 at 10.42.34 - Copy.jpeg
RichWorks bantu rakyat dengan berkongsi ilmu keusahawanan secara online ketika pandemik tahun 2021. RichWorks komited untuk bantu beribu-ribu usahawan sehingga dapat melahirkan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Itu telah terbukti menjadi dengan adanya rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring dari RichWorks International.

Selain RichWorks bantu rakyat dan RichWorks prihatin, RichWorks dalam rancangan untuk merealisasikan misinya. Visi RichWorks International Sdn Bhd adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Boleh layari website www.richworks.com untuk maklumat lanjut.

#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #UsahawanJutawan #BitersXRichworks

1 comment:

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.