Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

September 22, 2022

Diari Mengandung Anak Kedua (Part I) | Awal Kehamilan

Assalamualaikum dan hai semua!ALHAMDULILLAH. I'M PREGNANT!

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan rezeki yang tak terhingga. Hehe macam tak percaya je. Untuk dijadikan cerita haritu Nina nak berhenti bekerja sebabnya dapat tawaran kerja baru tapi tak jadi. Ada isu sedikit dengan company tersebut dan rupanya dah pregnant masa itu.  Jadi Nina kena withdraw surat resign tu. Haha memang kecohlah satu office kenapa tak jadi berhenti. Rezeki lain rupanya. Haha Alhamdulillah sangat :D

Nina buat ujian kehamilan sendiri dekat rumah dan Alhamdulillah double line. Terkejut juga dan terus pergi klinik untuk kepastian. Sampai ke klinik dia scan memang ada katung. Hehe masa ni kandungan dah 5 minggu. Doktor pun bagi folid acid sebagai vitamin.

Apakah Itu Asid Folik?

Folate merupakan sejenis vitamin B yang boleh didapati daripada makanan. Bahan ini amat penting dalam perkembangan tubuh manusia. Sel-sel pada tubuh badan kita berganti pada setiap hari seperti kuku, rambut dan kulit memerlukan vitamin ini untuk meneruskan proses tersebut.

Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semulajadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.

Mengapakah Anda Perlukan Asid Folik?
Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.

Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.

Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
  • Autism: Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi.
  • Bibir dan lelangit rekah (cleft palate).
  • Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate.
  • Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
  • Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
  • Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi.
  • Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak. 

ALAHAN SEMASA MENGANDUNG
Orang cakap morning sickness ni bergantung pada badan masing-masing dan setiap kali mengandung alahan juga akan berbeza. Kali ni alahan Nina berbeza sedikit dari mengandung anak pertama dulu. Agak teruk sebab selalu muntah dan sampai 4 bulan baru ada selera makan. Tapi alhamdulillah ok je :D

BUKU PINK KLINIK KESIHATAN
Macam biasa bila dah mengandung ni kenalah buka buku pink di klinik kesihatan daerah masing-masingkan. Minggu ke-4 dah boleh pergi ke klinik yang terdekat mengikut alamat rumah. Buka buku pink ni mengambil masa sedikit sebab akan berjumpa dengan doktor. Nurse akan isi segala maklumat korang dalam buku tersebut dan buat beberapa ujian saringan. Selepas itu, nurse akan set next appoinment untuk setiap bulan.

MONTHLY CHECK UP & MINUM AIR GULA (MGTT)
Antara ujian saringan yang dibuat setiap bulan kita pergi ke klinik untuk check up ialah ujian saringan urin (air kencing), hb (darah), pemeriksaan berat badan, tekanan darah, nadi, perut dan sebagainya. Nurse akan monitor setiap bulan untuk pastikan kandungan dalam keadaan sihat dan jika ada masalah boleh tahu dengan lebih awal.

Benda paling tak suka untuk ibu-ibu mengandung iaitu minum air gula. Haha minum gula ni sangat penting untuk mengenal pasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh atau lebih senang kata nak kesan ada kencing manis semasa mengandung. Tujuan air gula perlu diminum sebab sebenarnya nak uji kemampuan insulin dalam tubuh, nak tengok sama ada ia boleh berfungsi ataupun tidak. Mengikut Nurse minum gula ni wajib untuk semua ibu yang berumur 25 ke atas. Pastikan korang jangan muntah bila minum gula tu sebab nanti dikira batal dan kena ulang semula. Tips Nina nak share korang kena minum dalam keadaan air tu masih suam dan sekali teguk je. Jangan berhenti. Haha kalau berhenti korang akan rasa mual. Malam sebelum tu kena puasa (selepas pukul 10 malam) dan keesokkan pagi tu datang awal untuk minum gula di klinik. Selepas 2 jam baru ambil darah balik dan tunggu keputusan. Untuk mengandung kali kedua ini, Nina sangkut lagi. Hehe tetapi kadang kencing manis ni mungkin masa mengandung sahaja. Selepas 6-8 minggu bersalin kena lagi minum guła untuk tengok ada sama ada kencing manis atau tidak.

PEMANTAUAN KAWALAN GLUKOSA DALAM DARAH (BSP)
Bila ada kencing manis ini doktor akan buat pemantauan kawalan glukosa dalam darah (BSP). Nina kena buat ujian gula di mana-mana farmasi atau ada alat sendiri glometer sehari sebelum doktor review pada esoknya. Malam kena puasa (selepas pukul 10 malam) untuk buat ujian gula pada esok pagi. Ujian gula ini perlu dibuat sehari 4 kali iaitu sebelum makan pagi, selepas 2 jam makan pagi, selepas 2 jam makan tengahari dan selepas 2 jam makan malam. Nina perlu control diet je iaitu lebihkan protein, sayur hijau dan buah. Nasi atau karbohidrat kena kurangkan.

KIRAAN GERAKAN BAYI
Bila yang ke 28 minggu, Nurse akan ingat tentang carta pergerakan janin iaitu pastikan kiraan anak dalam kandungan bergerak dalam 10 kali sehari bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam. Kena tanda dalam buku dan catat waktu terakhir gerakan bayi yang ke sepuluh tu. Bila kandungan dah semakin membesar pergerakannya juga semakin aktif.

Cerita seterusnya kita sambung di entri lain;
PART II
PART III