Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 29, 2022

[Racun Tiktok] Customade Casing for Iphone 13 Pro

Assalamualaikum dan hai semua! 

Sekarang ni menjadi tarikan shopping dekat Tiktok kan? Hehe memang best sebab banyak barang yang murah dan menarik. Nina pun teracun juga shopping tapi masih terkawal :D Haritu scroll nampak satu posting dari Blogger Ena. Dia share casing yang dia dapat hadiah dari kawan dia. Warna pink tu sangat cantik. Thanks Ena share info. Fikir punya fikir order jugalah untuk phone Nina. Nina memang tengah cari casing sebab haritu sebelum bersalin reward diri sendiri phone baru. Haha


Cantik tak? Nina ambil warna putih + gold. Sesuai dengan phone warna Hijau Alpine. Casing yang agak keras dan tak lembik, hasil kerja yang kemas dan cantik sangat :D Tempahan mengambil masa dalam 3-4 hari ye. Kena tunggu sebab ni custom. Bukan ready stock. Bunga dia tu nampak macam real. Memang cantik, tak tipu ye. Pakai dekat phone lagi naik warna dia dan tambah lagi cantik.

Korang boleh tengok dekat Tiktok. Jemput follow sekali. Nanti Nina follow balik tau. Thanks :)


October 10, 2022

Diari Mengandung Anak Kedua (Part III) | Bersalin Normal di Hospital Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum dan hai semua!
NAK BERSALIN DAH KE?
26 September 2022 - Pagi Nina ada check up macam biasa di KK. Ini merupakan check up yang terakhir sebelum bersalin pada 29 September 2022. Masa ini dah rasa contraction macam kena senggugut dalam 20 minit sekali. Tapi masih boleh kawal dan tidak terlalu sakit sangat sehingga ke petang. Mula pukul 4 petang contraction tu semakin sakit tapi masih boleh tahan lagi. Hehe pukul 8 lebih malam sempat lagi makan malam bersama suami tapi nasi tak sempat habis sebab dalam pukul 9 malam tu suami tanya nak pergi hospital ke tidak. Nina pun ajak suami pergi hospital dan masa ini sakit sangat terasa setiap 5 minit. Dalam hati memang dah rasa mesti baby nak keluar malam ni. 

HOSPITAL SHAH ALAM - BERSALIN SECARA NORMAL
Suami berhenti di kecemasan dan turunkan saya disitu sementara suami cari parking. Dengan bawa sekali anak sulung tengah tidur. Sambil menunggu adik ipar sampai sebab kena jaga anak sementara suami dapat tunggu Nina dan teman masa labour room. Sampai je nurse check bukaan dah 6 cm. Lepas 5 minit dah buka 8 cm terus Nina kena tolak dalam labour room. Suami tak sempat masuk pun sebab ada anak sulung dan tak sempat buat RTK. Nina bersalin ditemani 3 orang nurse. Masa bersalin tu memang sakit sangat sebab baby agak besar dari yang sulung, nurse lah jadi pom pom girl dalam labour room tu dan ingatkan Nina sebab kalau dah sakit tak ingat apa kan. Hehe semua rasa sakit. Tak tahu kenapa kali ini memang sakitlah. Tepat 11.13 malam Nina selamat bersalin anak lelaki seberat 3.46kg. Haha fuhh berat dari yang anak sulung. Alhamdulillah semuanya selamat dan disebabkan wad penuh, Nina ditempatkan di wad sementara di labour room. Dah sampai katil memang tak dapat tidurlah sampai ke pagi. Pagi tu doktor check baby dan Nina. Alhamdulillah boleh discharge petang tu. 

Review mengenai servis dekat Hospital Shah Alam kali ini alhamdulillah selesa sebab dapat wad sementara labour room yang beraircond dan ada 2 orang je, wad bersih, dan staf semua baik je. Hehe dapat pula pesakit sebelah katil yang ramah dan jadi kawan. Makanan ok je dan sedap. Terima kasih semua staf Hospital Shah Alam dan semoga kalian tabah menghadap pesakit lain :D

Cerita sebelum boleh baca di entri lain:
PART I
PART II

October 9, 2022

Diari Mengandung Anak Kedua (Part II) | Scan Ultrasound di Vision Diagnostic Centre, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan hai semua!

SCAN ULTRASOUND
Scan ni ada beberapa jenis tetapi yang lebih penting detailed scan untuk tengok secara keseluruhan anggota-anggota badan bayi seperti otak, jantung, hati, limpa, buah pinggang, perut dan lain-lain untuk pastikan semuanya keadaan yang baik, saiz janin pun mengikut minggu dan tak ada masalah lain. Untuk mengandung kali kedua ini, KK ada bagi pilihan untuk buat scan di sebuah pusat diagnostic iaitu bawah kolej vision. Disini sonographer dia adalah pelajar dia sendiri iaitu pelatih kolej tersebut. Tiada bayaran dikenakan tetapi tidak memaksa ye. Boleh buat diluar atau klinik swasta lain. 

Pertama kali pergi memang tak tahu pun yang scan tu pelatih sonographer dan tempoh scan tu agak lama dalam anggaran 1 hingga 3 jam untuk satu sesi disebabkan mereka scan sambil belajar. Jadi dia scan sangat details ye. Lenguh juga baring lama-lama. Hehe lepas diorang dah habis scan, pensyarah mereka akan datang tengok balik hasil diorang scan dan akan menerangkan kepada pesakit. Jika mereka rasa perlu diulang balik untuk scan kena datang semula sehingga 4 kali.

Tempat scan dia ok je. Bersih dan teratur. Ada yang bilik dan ada juga ditutup dengan tirai. Ada aircond dan alatan juga up to date. Sonographer yang ramah dan baik. Kebanyakkannya sonographer perempuan (boleh request masa pendaftaran). Penerangan yang details oleh pelatih dan pensyarah. Mereka juga prihatin bertanya kalau kita nak pergi ke tandas ke atau nak rehat sekejap.  Jika korang nak cuba boleh datang ke sini.

Lebih lanjut korang boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/SonoGalaxy/
Alamat : No. 127, Jalan SS 6/12, SS 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor
No tel : 016-62623800
Waze : Vision Diagnostic Sdn Bhd

Jemput baca entri lain:
PART I
PART III